Realitinya...aku takde masa nak memblogkan diri. Aku cuba jugak sedaya upaya nak selalu tulis blog ni macam si Ireen, tapi tak berkesempatan langsung. Office hour dah tentu aku sibuk, tambah pulak korang faham2 je la Internet kat universiti kerajaan ni mcm mana, lagi lembab dari TM dialup. Bila dah sampai kat rumah, maleh pulak nak on PC. Yg ni pun aku tumpang Ireen, dia baru lepas pakai so aku sambung.
Hari ni, 9 April 2008 genapla setahun aku keje sebagai tenaga pengajar. Rasa biasa je. Yg bezanya tak dianggap sebagai staf baru la. Kat sini walau dah keje selama 6 bulan pun masih lagi baru dan kena perkenalkan diri kat atas pentas depan staf2 lama. Tapi itu semua dah berlalu bagi aku, cuma yg aku risau kalau Ireen masuk nanti aku terkena tempias staf baru, silap2 bila Ireen perkenalkan diri, aku pun kena naik sama. Harap2 perkara mcm ni tak berlaku la.
Next week dah masuk study week utk student. So takde la kuliah and tutorials. Masa ni la aku akan gunakan utk marking test, kuiz dan assignment yg berlambak2 kat opis. Klau tidak carrymark student tak keluarla. Klau disimpan2 semua keje tu, masa nak marking exam paper lagi la mampus. Sebabnya paper aku sumenya dekat2, 21 Apr, 24 Apr dan 26 Apr. Cam hampeh kan? Setiap satu kod yg diwakili sekurang2nya 30 student aku kena siapkan 1 minggu dari tarikh exam + bukan sahaja paper tu kena siap marking, carrymark apa semua kena submit. Aku budget next 2 weeks ni aku memang bz tahap dewa 19. Nampak gayanya tahun depan la baru aku tulis blog ni balik.
Oklah, nak tido. Bye. Ops, lagi satu... nak main game pun tak sempat. Rasa macam rugi je beli mahal2. Kalau sempat pun Ireen nak tgk tv pulak, tambah2 skrg ni tgh demam AF6.. konsert la, diari la, forum la apa la...mcm2. Lepas ni dia dah masuk keje, aku nak tuntut satu tv. Dia nak tgk tv tgkla sampai lebam. Hehehe..aku pun boleh main game sampai lebam tanpa gangguan. Hehehehe...bye.